Powered By Blogger

Friday 20 September 2013

CPG DM 2009

DIABETES TYPE I

DEFINISI

Diabetes type 1 ini dikenali sebagai insulin dependant diabetes mellitus

(IDDM). Biasanya ia berlaku secara mendadak atau secara serta merta dikalangan

golongan muda yang berumur kurang  dari 30 tahun. Ini disebabkan kerana

pengurangan pengeluaran insulin atau tiada penghasilan insulin oleh pankress dan

reaksi ini mungkin disebabkan jangkitan virus dan lain-lain jangkitan. Pesakit yang

mengidap Diabetes Type 1 hanya dapat dikawal dengan pengambilan insulin.




INSIDEN
Sekarang ini bilangan pendudk dari seluruh negara adalah pengidap Diabetes
adalah semakin meningkat dengan begitu ketara sekali. Di negara Malaysia tahap
perkembangan penyakit diabetes adalah dalam lingkungan 5% - 10%. Ini bermakna 1
daripada 10 orang rakyat Malaysia adalah mengidap penyakit Diabetes dan lebih
kurang 25 juta rakyat Malaysia mengidap diabetes type 1

Menurut kajian adalah dianggarkan bahawa lebin daripada 200 juta orang akan
mengidap diabetes type 1 pada tahun 2010 dan akan meningkat pada tahun 2025 sebanyak
300 juta

ETOLOGI

Antara faktor-faktor penyebab ialah tidak diketahui. Antaranya ialah

1.      Biasanya berlaku pada pada kanak-kanak dan remaja yang berumur kurang dari 30 tahun. Ini disebabkan kerana tahap pengeluaran insulin adalah sedikit atau tiada  lansung. Pesakit ini terpaksa bergantung kepada suntikan insulin.

2.      Faktor  pembedahan,kemalangan dan mengalami penyakit yang teruk seperti prankreatitis dimana melibatkan oragan yang utama seperti prankres yang akan menganggu penghasilan atau pengeluaran insulin yang diperlikan untuk proses metabolism.

3.      Hilang berat badan.
Walaupun pesakit Diabetes type 1 ini makan dengan banyak namun mereka akan kehilangan berat badan secara mendadak.
4.      Mempunyai antibody positif.

5.      Mempunyai ketone positive

PATOFISIOLOGI
1.      Sel beta di inslet of langerhan di  Pánkreas tidak dapat menghasilkan

              sedikit atau langsung  tiada untuk penghasilan insulin.


2.      Kerana tiada insulin dihasilkan maka glukosa tidak dapat dihasilkan di dalam

sel badan


3.      Maka proses metabolisma seperti karbohidrat, protin atau lemak juga tidak

                dapat dijalankan di dalam tubuh.


4.      Glukosa berlebihan di dalam darah juga  mengalami gangguan

               dalam sistem badan.


5.      Tanda – tanda dan simpton seperti hyperglisuria, polidipsia dan

                lain – lain lagi juga berlaku


6.       Maka terjadilah penyakit Diabetes Melittus Type 1.


MANIFESTASI KLINIKAL
Tanda-tanda dan gejala
1. Polyuria.
  • Kencing yang kerap dan banyak terutama pada waktu malam.
2. Polydipsia
  • Sering merasa dahaga
3. Polyphagia
  • Sering merasa lapar yang keterlaluan
4. Hilang berat badan.
  • Susut berat badan secara mendadak walaupun pesakit diabetes makan dengan banyak
5. Lethargy / Malaise.
  • Pesakit Diabetis Mellitus Type 1 kebiasaannya akan mengadu lemah badan dan senitasa rasa letih lesu.
6. Proses penyembuhan luka yang lambat.
  • Walaupun mendapat luka yang sangat kecil tetapi proses penyembuhannya agak lama. Kadang-kala sesuatu luka itu akan menjadi lebih teruk jika lambat di rawat. Ini adalah kerana berlakunya gangguan dalam proses metabolisma karbohidrat.

7. Infeksi Kulit
  • Bagi pesakit wanita akan mengadu gatal-gatal terutamanya di sekeliling vulva pruritos vulva sementara bagi pesakit lelaki pula di bahagian gland penis ( Balanitis ).
8. Bisel dan curbuncle yang kerap.
  • Jangkitan ini biasanya di sebabkan oleh Staphylococcus aureus dan  akan
 mengakibatkan kematian tisu dan pereputan kulit yang meluas.
9. Impotence / Erectial Disfuntion ( Mati Pucuk bagi lelaki ).
  • Ketidakbolehan seseorang lelaki untuk melakukan hubungan sejenis. Impontence mungkin erektil, iaitu penis  menjadi tidak cukup keras untuk memasuki vagina untuk proses ejakulatori.  Penusukan berlaku tetapi tiada ejakulasi semen ( sperma ).
10. Gangguan penglihatan.
  • Pesakit Diabetes  Mellitus akan cenderung mendapat gangguan penglihatan seperti  Katarak atau kabur penglihatan.


INVESTIGASI
Penyiasatan atau ujian makmal yang dilakukan ialah
  1. Fasting Blood Sugar ( F.B.S )
  • Bertujuan untuk menyukat kandungan gula dalam darah semasa pesakit puasa
  1. Random Blood Sugar ( R.B.S ).
  • Bertujuan untuk mengukur kadar plasma glukos dalam darah.
  1. 2 Hours Post Prandial blood ( 2HPP ).
  • Bertujuan untuk mengetahui glukos yang di ambil digunakan ataupun tidak di dalam badan. Ia juga bertujuan untuk mengetahui kesan penghadaman glukos dalam badan.selepas 2 jam pesakit makan
  1. Urine FEME.
  • Bertujuan mengesan kehadiran glukos dalam urin / air kencing. Ia juga bertujuan mengesan gula dan keton dalam urin.
5        HbA1C
  • Bertujuan untuk mengetahui tahap glukosa dalam darah dalam masa 90 hari sebelum pengambilan darah.
6        URINE MICROULBUMIN
  • Bertujuan untuk mengukur kehadiran albumin / protin samada tinggi atau rendah dalam urin pesakit.


DIAGNOSA PERBEZAAN
1.       Diabetes Mellitus type 11
2.      GDM



KOMPLIKASI

Komplikasi akut
-          Hyperglasemia (gula tinggi)
o   Bacaan glucometer melebihi 14 mmol/L
o   Berasa sakit kepala, mengantuk, malas, sakit badan dan lain-lain

-          Diabetik ketoacidosis

Komplikasi kronik
Makrovaskular
-          Ischaemic heart Disease (IHD)
-          Cerebravascular Disease (CVD)
-          Peripheral Vaskular Disease

Mikrovaskular
-          Retinopathy
o   Katarak – gangguan penglihatan kerana kerosakan kanta membuatkan mata menjadi buta.

-          Nepropathy
o   Kerosakan kepada buah pinggang dalam jangka masa yang panjang

-          Neuropathy




NASIHAT
1.      Suntikan insulin.
-          Hendaklah diberi pada masa yang telah ditetapkan
-          Hendaklah membawa atau menyimpan gula-gula didalam beg untuk mengelakkan hipoglicemia

2.      Senaman.
-          Hendaklah dilakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
-          Buatlah senaman yang ringan dan sesuai
-          Hendaklah minum air sebelum,semasa dan selepas senaman

3.      TCA (tarikh temujanji)
-          Beritahu pesakit supaya datang mengikut tarikh yang telah ditetapkan


4.      Kebersihan diri.
-          Hendaklah mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
-          Menjaga kebersihan diri untuk mengelakkan kegatalan pada kulit dan purities
-          Hendaklah memakai pakaian yang bersih,kering dan yang diperbuat daripada cotton.
-          Stokin hendaklah ditukar setiap hari bagi mengelakkan bau kaki



5.      Pemakanan.
-          Bagi pesakit diabetes hendaklah makan sedikit tetapi kerap
-          Hendaklah makan makan yang seimbang dan berkhasiat serta berserat untuk mengelakkan sembeli t





6.      Memberitahu  kepada pesakit untuk mengurangkan tabiat merokok ataupun berhenti terus daripadanya untuk mengelakkan komplikasi lain.









SELAMAT DATANG